I BELIEVE IN WHAT I HAVE CREATED

Friday, 3 February 2012


KURA-KURA


Kura-kura (bahasa Inggeris: tortoise) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di banyak tempat di dunia.

Kura-kura terdapat di banyak tempat di dunia termasuk seluruh Malaysia.

Kura-kura merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka.
Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehingga dua meter. Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, sesetengah kura-kura diketahui hidup selama melebihi 150 tahun.
Kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu. Kura-kura merupakan satu-satunya cabang dari "clade Anapsida" silam, yang termasuk kumpulan seperti procolophonoids, millerettids dan pareiasaurs. Kebanyakan anapsids menjadi pupus pada akhir tempoh Permian, kecuali procolophonoids dan susur-galur testudines (kura-kura).
Kesemua kura-kura, samaada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.

Kura-kura merupakan haiwan maun. Makanan utama kura-kura adalah tumbuhan yang hidup dalam air seperti kangkung dan sawi.

Terdapat pelbagai jenis kura-kura di Malaysia, antaranya adalah :-
Kura-kura Besar
Kura-kura Daun
Kura-kura Dendang Hitam
Kura-kura Duri
Kura-kura Gergasi
Kura-kura Panjang
Kura-kura Siput
Kura-kura Telinga Merah
Kura-kura Arang
Kura-kura Kayu

KURA-KURA BOLEH HIDUP SEHINGGA RATUSAN TAHUN



KURA-KURA ADA YANG TERPELIHARA DAN TIDAK




KEMBAR SIAM....



KURA-KURA JUGA DIKAITKAN DENGAN SIFAT PEMALU...

No comments:

Post a Comment