I BELIEVE IN WHAT I HAVE CREATED

Thursday, 2 February 2012

KEYBOARD

Peranti yang selalu digunakan dan paling popular iaitu papan kekunci untuk memasukkan data.  
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.
a)  menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan,untuk dihantar ke cpu bergantung kepada kekunci yang ditekan.
b)  bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
c)  mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama. 
d)  menyimpan secara sementara atau “menimbal”input jka kekunci ditaip terlalu pantas.
Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada  kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.  Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip.  Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY  ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.


PAPAN KEKUNCI


ANTARA JENIS KEYBOARD YANG BIASA


 KEYBOARD BERTULISAN JAWI


UNTUK PC YANG LEBIH GEMPAK