I BELIEVE IN WHAT I HAVE CREATED

Saturday, 12 December 2015

GUSI KERING 3

NASIB BAIK MEMBER



 Aku: jom kuar. Bila free?
Dia: bila2 okay je. Aku tk busy sgt.
Aku: esok jom.
Dia: esok tkleh. Ade hal.

Tuhan, lindungi aku dri jenayah.




KEPUTUSAN PT3 2015

DEBARAN KIAN TERASA



pastinya debaran kian memuncak. esok (14.12.2015) keputusan PT3 2015 akan diumumkan. para pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah. pelaksanaan PT3 yang pada mulanya mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak, namun masih ada harapan dalam penambahbaikkan pelaksanaan ini. diharap kajian di setiap sudut dapat dijalankan supaya dapat meningkatkan tahap pendidikan negara kita.




gurau-gurau pt3 : 

Filem : RESULT , MU TUNGGU AKU DATANG .          
Tarikh : 14/12/2015          Genre : Seram          Pengarah : Pengetua sekolah 
Penerbit : Jabatan Pendidikan Malaysia          Tempat shooting : Sekolah Di seluruh Malaysia
Pelakon : Pelajar Form 3 2015
 Keperluan : Please Bwak Tisu.




GUSI KERING 2

KUCING OH KUCING



GUSI KERING 1

GURAUAN SEORANG IBU 




ps : bagus jugakk dapat mak cam gini, dapat gurau gurau kat wassap pulakkk...hahaa


DRAMA

KAU, AKU, KITA


semenjak balik intern kat rumah neh, kawe terlayan drama TV3 pulakk. hahaha. tapi xpalahhh, sambil sambil luang masa ngan family. tengok la jugakk. tapi drama nie dah habis dah minggu lepas. story line ok gak laa, xdelaa mengarut sangat.


drama nie adaptasi dari novel "Kau, Aku, Kita" jugakkk....comel jaa heroin tuu, Janna Nick. Shahrul Ridzwan jugak x kurang hensemnya..  



sape sape yang terlepas tuu boleh laa download kat memana, banyak jer sekarang nie, senang nk sedut.


JUARA FINAL PIALA MALAYSIA EDISI 2015


HADIAH BUAT SULTAN


hadiah istimewa buat Sultan Sharifuddin. anak buah Mehmet Durakovic menunaikan janji mereka untuk menghadiahkan Piala Malaysia 2015 kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin sempena sambutan kupeteraan baginda yang ke 70. team selangor telah menundukkan pasukan dari utara, Kedah 2 berbalas 0 semalam, (12.12.2015). 2 jaringan daripada Ahmad Hazwan Bakri sudah cukup untuk menderitakan pasukan Kedah.



pasukan Selangor turun dengan misi 33 bermain penuh bersemangat di hadapan puluhan ribu penyokong yang datang memberikan sokongan di Stadium Shah Alam. kelebihan bermain di tempat sendiri memberikan kelebihan kepada Selangor. lebih 70 000 penyokong yang hadir pada malam tersebut menyaksikan perlawanan akhir antara kedua pasukan. gol awal Selangor pada minit keempat telah membunuh semangat pasukan Kedah. Kedah yang cuba bangkit pada babak kedua namun gagal setelah Selangor menambah jaringan.





ps : harap Kedah dapat meneruskan saingan di Liga Super pada musim hadapan dan memberi saingan sengit kepada pasukan pasukan lain. semoga arena bola sepak tanah air terus maju untuk sukan negara.

INTERN STORY 2015

kejapnya masa berlalu, hmmm.. dah nak habis dah latihan praktikal kawe kat sini. almost 3 bulan jugak merasai kehidupan kerja sebagai anggota bomba. banyak pengalaman yang dapat, ilmu ilmu kebombaan nie. thanks to semua pegawai dan staff yang terlibat dan sudi terima saya bertenggek kat sini selama 3 bulan ea... mintak halal makan minum, terkasar bahasa ke apa, mintak maaf semua. 



ps : nie masa lawatan penyelia universiti di tempat praktikal kawe.


ps : haaa, seronok budak budak nie main air.. haha... lenjun laa aq siramkan...maaf yee cikgu, murid murid cikgu basah kuyup...



dalam masa nie jugak berat badan kawe naikk. mendadak jugak, hampir 10kg dalam masa 3 bulan nie... hadoi, mana x naiknyaa, keje makan tido masuk opis jerr.. sebelom praktikal dulu acah acah nak bersenam la hujung minggu, hmm tapi tinggal mimpi jelaa.. hahaha..


ps : nah LIVE. 69kg right now.. haha (13.12.2015)

masih ada 2 3 minggu lagi nie sebelom kawe balik universiti. ada masa lagi nak gain fitness balik. harap harap sempat laa.. doakan ea semua...


FINAL GEGAR VAGANZA 2015

GEGAR VAGANZA 2015 AKAN MELABUHKAN TIRAINYA PADA MALAM INI (13.12.2015). 6 PESERTA YANG LAYAK KE FINAL AKAN BERENTAP UNTUK MENDAPATKAN GELARAN JUARA GV 2015.

ps : sokongan saya mestilah pada penyanyi comel nie, siti nordiana @ nana.

pada konsert akhir ini, nana akan membawa lagu yang pernah di popularkan oleh Ziana Zain, PUTUS TERPAKSA. top jugak lagu nie, harap harap nana dapat buat yang terbaik dan juara. haha..


ZIANA ZAIN



Putus Terpaksa Lyrics

(Saari Amri/Saari Amri)

Verse 1 :
Seringkali kau menepis
Tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku
Verse 2:
Demi masa hadapan kita
Aku merayu kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Kupasti ruang untukmu
Masih ada
Chorus :
sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk
Impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti
(CHORUS )
Verse 3 :
Demi masa hadapan
tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua kuundur diri(x 2)