I BELIEVE IN WHAT I HAVE CREATED

Friday, 3 February 2012


KUDA


Kuda ialah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai bilangan jari kaki yang ganjil dan merupakan salah satu daripada sepuluh spesies moden dalam famili Equus. Nama saintifiknya Equus caballus atau Equus ferus caballus. Kuda telah lama merupakan salah satu haiwan bela jinak yang amat penting dari segi ekonomi, dan telah memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan orang dan barang muatan selama beribu-ribu tahun. Sedangkan pembelajinakan kuda terpencil mungkin terjadi seawal 10,000 tahun dahulu, bukti yang jelas terhadap penggunaan kuda secara meluas oleh manusia bertarikh di sekitar 2000 SM.
Kuda telah dibiakbakakan dengan teliti supaya haiwan ini dapat ditunggang, biasanya dengan pelana. Haiwan ini juga boleh dikenakan abah-abah untuk menarik objek-objek seperti kereta kuda atau bajak. Dalam sesetengah budaya, kuda merupakan satu sumber makanan, termasuk daging kuda dan kekadangnya susu; dalam budaya yang lain, memakan daging kuda adalah pantang larang.
Di negara-negara kaya pada hari ini, kuda lebih biasa dipeliharakan untuk kegiatan waktu lapang dan sukan. Bagaimanapun, kuda terus memainkan berbagai-bagai fungsi ekonomi di seluruh dunia.
Manusia telah membiakbakakan kuda selama beribu-ribu tahun dan telah menghasilkan banyak jenis baka yang berbeza-beza. Serupa dengan pembiakbakaan anjing, kuda telah dibiakbakakan supaya dapat menghasilkan sifat-sifat dan keupayaan-keupayaan yang khusus; umpamanya, kuda belima dihasilkan untuk kelajuan yang diperlukan oleh perlumbaan kuda.


KUDA JUGA TELAH DIGUNAKAN SEBAGAI AKTIVITI SUKAN


KUDA YANG DIPELIHARA UNTUK DITUNGGANG


PERLUMBAAN KUDA MENJADI SUKAN 


KUDA JUGA DIGUNAKAN OLEH ZORRO...HEHE

AWIE

AWIE ADALAH DIANTARA PENYANYI ROCK KEGEMARAN PENULIS.ANTARA LAU KEGEMARAN ADALAH CINTA BUKAN ILLUSI..

CINTA BUKAN ILLUSI

Di sudut mindaku
Resah yang mengganggu
Telah ku lontarkan jauh

Hadirmu kekasih
Penyeri sukma
Nan gemilang

Dan bermulah sinar
Cinta sebenar cinta
Bukan lagi ilusi
Bukan khayalan mimpi
Di persada naluriku
Terpahat rasa syahdu

Seiringan kita harungi
Layarkan bahtera
Demi ikatan kasih murni
Azimat suci

Sederasnya gelombang
Kita rentasi bersama
Doakan setulusnya
Moga di restu segala
Seharumnya mewangi
Di halaman syurgawi

Luruhkanlah kisah lama
Sejarah silam
Kita semaikan benih kasih
Azimat suci


AWIE...

PENYANYI ROCK TERKENAL


ANGGOTA KUMPULAN WINGS



KURA-KURA


Kura-kura (bahasa Inggeris: tortoise) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di banyak tempat di dunia.

Kura-kura terdapat di banyak tempat di dunia termasuk seluruh Malaysia.

Kura-kura merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka.
Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehingga dua meter. Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, sesetengah kura-kura diketahui hidup selama melebihi 150 tahun.
Kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu. Kura-kura merupakan satu-satunya cabang dari "clade Anapsida" silam, yang termasuk kumpulan seperti procolophonoids, millerettids dan pareiasaurs. Kebanyakan anapsids menjadi pupus pada akhir tempoh Permian, kecuali procolophonoids dan susur-galur testudines (kura-kura).
Kesemua kura-kura, samaada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.

Kura-kura merupakan haiwan maun. Makanan utama kura-kura adalah tumbuhan yang hidup dalam air seperti kangkung dan sawi.

Terdapat pelbagai jenis kura-kura di Malaysia, antaranya adalah :-
Kura-kura Besar
Kura-kura Daun
Kura-kura Dendang Hitam
Kura-kura Duri
Kura-kura Gergasi
Kura-kura Panjang
Kura-kura Siput
Kura-kura Telinga Merah
Kura-kura Arang
Kura-kura Kayu

KURA-KURA BOLEH HIDUP SEHINGGA RATUSAN TAHUN



KURA-KURA ADA YANG TERPELIHARA DAN TIDAK




KEMBAR SIAM....



KURA-KURA JUGA DIKAITKAN DENGAN SIFAT PEMALU...


LALANG


Pokok Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga terdapat di negara-negara tropika dan kawasan serdahana lain termasuk ASEAN. Nama botani pokok Keladan adalah Imperata cylindrica.
Lalang dianggap salah satu rumpai. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rizom.
Bagaimanapun lalang mempunyai kepentingan tertentu. Lalang merupakan sejenis pokok perintis yang akan mengkoloni tanah yang diterangkan dari pokok lain dengan pantas. Ini membantu mengurangkan hakisan tanah. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal, dapat digantikan dengan lalang. Ia menghalang air dari hujan lebat menghanyutkan ia tanah tersebut ke tempat lain.
Dengan itu lalang dapat membantu mengurangkan hakisan tanah dan pada masa yang sama lalang membantu mengekalkan kesuburan tanah.


POKOK LALANG

LALANG JUGA DIKAITKAN DENGAN MEMPUNYAI SIKAP ADIL


LALANG DAPAT MEMBERI KETENANGAN 


KIPAS



Kipas siling merupakan sejenis kipas yang digantungkan pada siling rumah untuk mengitar udara melalui bilah-bilah kipas berputar.

Kipas siling terawal muncul pada awal tahun 1860an dan 1870an di Amerika Syarikat. Pada masa itu, kipas siling tidak digerakkan oleh motor elektrik, sebaliknya menggunakan turbin yang yang menggerakkan sistem tali sawat yang menggerakkan kipas serta mendapat kuasa daripada aliran air sungai. Sistem ini mampu menggerakkan beberapa buah kipas sekaligus, serta popular di kedai, restoran dan pejabat.

Kipas siling elektrik dicipta pada tahun 1882 oleh Philip Diehl. Diehl mengguna pakai motor elektrik daripada mesin jahit Singer terawal pada tahun 1882 untuk kegunaan kipas siling ciptaannya. "Kipas Elektrik Diehl", beroperasi seperti kipas siling biasa; setiap kipas mempunyai motor elektrik sendiri, tanpa memerlukan sistem tali sawat yang mahal dan rumit.

Diehl turut berhadapan dengan persaingan sengit berikutan kejayaan komersial kipas siling. Namun demikian, dia terus menambah baik ciptaannya, antaranya termasuklah "Diehl Electrolier", kit lampu yang boleh dipasang pada kipas siling sebagai ganti kepada ruang lampu yang diambil semasa pemasangan kipas siling.

Menjelang Perang Dunia Pertama, kebanyakan kipas siling menggunakan empat bilah berbanding dua pada kipas terawal. Ia menjadikan kipas siling lebih senyap serta menyerakkan lebih udara, sekaligus memanfaatkan penggunaan motor secara lebih cekap.

Di negara-negara Asia, penggunaan kipas siling sangat popular berikutan kos penggunaan penyaman udara yang mahal.

Kipas angin berfungsi dengan menyerakkan udara di sekeliling bilik secara lebih menyeluruh. Ia tidak mengubah suhu bilik secara langsung. Lazimnya, kipas siling berputar pada arah lawan jam untuk menolak udara sejuk turun ke bawah. Apabila menghampiri lantai, angin yang terhasil akan terserak ke semua arah, dan udara panas akan naik ke atas secara semulajadi untuk menggantikan udara sejuk yang telah ditolak ke bawah. Peredaran udara yang terhasil ini mempercepatkan proses sejukan tubuh manusia secara semulajadi melalui sejatan peluh. Berikutan itu, perbuatan membiarkan kipas siling terus hidup tanpa ada sesiapa di dalam bilik boleh dianggap satu pembaziran tenaga elektrik. Kipas siling yang dihidupkan bersama-sama penyaman udara berupaya menyebarkan udara sejuk dengan lebih berkesan, sekaligus membantu penjimatan elektrik melalui pengurangan beban pada kipas penyaman udara.

Terdapat juga sesetengah kipas siling yang direka untuk "menyedut" udara panas naik ke atas, dan ia biasanya berguna semasa musim sejuk.


 ANTARA REKA BENTUK KIPAS

KINI DENGAN REKAAN LEBIH MENARIK


KIPAS 3 BILAH YANG BIASA DIGUNAKAN

AKIBAT XDE KIPAS TER...PANAS




LIPAS

Lipas merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.
Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas, kira-kira 30 spesies dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dan kira-kira empat spesies terkenal sebagai serangga perosak.
Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar.

Sesetengah tulisan terawal berkaitan dengan lipas menggalakkan ia digunakan sebagai ubat. Pedanius Dioscorides (1st century), Kamal al-Din al-Damiri dan Abu Hanifa ad-Dainuri (abad ke-9) semuanya menawarkan ubat yang mencadangkan ia digiling dengan minyak atau direbus. Senarai penyakit termasuk sakit telinga, luka dan "masaalah peranakan gynecological.
Lipas turut menyumbang kepada industri pengawalan serangga perosak yang bernilai jutaan ringgit, tetapi masih gagal menghapuskan lipas sepenuhnya.


MENGERIKAN....


 LIPAS BIASA DIJUMPAI


KENYANG BETUL MAKAN SAMPAH NEH....


HORREY....

 NAMPAK JIJIK..


ULAR

Ular adalah reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung (lizard), yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialah Serpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular. Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).
Dalam bahasa Inggeris, sinonim kuno bagi ular adalah serpent; dalam kegunaan moden ini merujuk kepada ular mistik atau simbolik, dan maklumat mengenai haiwan sedemikian boleh didapati di bawah simbol ular. 


JENIS ULAR.


Ular Kapak
Ular Kapak Bakau (Trimeresurus purpureomaculatus)
Ular Kapak Bodoh (Malayan Pit Viper) (Calloselasma rhodostoma)
Ular Kapak Gunung
Ular Kapak Hidung Pipeh
Ular Kapak Hijau
Ular Kapak Sumatra
Ular Kapak Tokong


Ular Katam
Ular Katam Belang
Ular Katam Kepala Merah
Ular Katam Tebu


Ular Sawa
Ular Sawa Darah
Ular Tedung
Ular Tedung Hitam
Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah)
Ular Tedung Senduk


Ular Orok-Orok
Ular Orok-Orok berlian timur
Ular Orok-Orok Timber
Ular Senduk (Naja naja)
Ular Laut (Anhydrina schistosa)
Ular Katam Tebu Kuning (Bungarus fasciatus)
Ular Katam Tebu Putih (Bungarus candidus)



ANTARA JENIS ULAR KAPAK


 ULAR TEDUNG SANGAT BERBISA


BESAR ULAR SAWA NEH...

AUXteam FOTO

FOTO X 6

AMIN (TAIKO).... 


 NIK MUHAMMAD NAQIYUDIN(RAKAN SEKELAS PENULIS)...


 DARI KIRI...AMIR(PREFECT)..RASHWAN,,,DAN YUDIN....


 AMIN HANDSOME.....(TAIKO)


 SUASANA KELAS PENULIS...


 AFIQ AFIFI...(TERENGGANU)





 DARI KIRI....AFIQ,,,AMIR,,,RASHWAN..


 UJIAN JENIS DARAH PENULIS....(LAB BIOLOGY)


 DARAH JENIS O TERR...HAHA....(PENULIS)


RAKAN PENULIS....AFIQ AFIFI