HADIAH BUAT SULTAN
hadiah istimewa buat Sultan Sharifuddin. anak buah Mehmet Durakovic menunaikan janji mereka untuk menghadiahkan Piala Malaysia 2015 kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin sempena sambutan kupeteraan baginda yang ke 70. team selangor telah menundukkan pasukan dari utara, Kedah 2 berbalas 0 semalam, (12.12.2015). 2 jaringan daripada Ahmad Hazwan Bakri sudah cukup untuk menderitakan pasukan Kedah.
pasukan Selangor turun dengan misi 33 bermain penuh bersemangat di hadapan puluhan ribu penyokong yang datang memberikan sokongan di Stadium Shah Alam. kelebihan bermain di tempat sendiri memberikan kelebihan kepada Selangor. lebih 70 000 penyokong yang hadir pada malam tersebut menyaksikan perlawanan akhir antara kedua pasukan. gol awal Selangor pada minit keempat telah membunuh semangat pasukan Kedah. Kedah yang cuba bangkit pada babak kedua namun gagal setelah Selangor menambah jaringan.
ps : harap Kedah dapat meneruskan saingan di Liga Super pada musim hadapan dan memberi saingan sengit kepada pasukan pasukan lain. semoga arena bola sepak tanah air terus maju untuk sukan negara.
No comments:
Post a Comment