I BELIEVE IN WHAT I HAVE CREATED

Tuesday, 31 January 2012

 AKSI HAMBAR,DIKECAM PENYOKONG
Peluang Ghaddar, pemain kelahiran Beirut, Lubnan untuk kekal beraksi dalam kancah Liga Super seakan telur dihujung tanduk angkara ‘kurang bernasib baik’ gagal menjaringkan gol meskipun mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan terakhir menentang Kuala Lumpur tempohari.
Berlainan pula dengan Antwi, yang dianggap cukup ‘bernasib baik’ kerana berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan terakhir meskipun diturunkan selaku pemain gantian dalam pertemuan menentang Kedah dan Kuala Lumpur.
Malah kejayaan Antwi menjaringkan gol tersebut berjaya menghapuskan kecaman penyokong setia Kelantan yang dilontarkan sebelum itu tatkala Ghaddar, tidak dapat tidak perlu berdepan dengan pelbagai cemuhan rentetan kegagalan beliau menyempurnakan deretan peluang yang terhidang ketika bertemu Kuala Lumpur tempohari.
Keputusan Kafa mendapatkan khidmat Nwaneri dianggap cukup tepat kerana bukan sahaja dapat memperkukuhkan benteng pertahanan The Red Warriors malah mampu menyaingi kehebatan penyerang import negeri lain seperti Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan) dan Francis Forkey Doe (Terengganu) yang dianggap cukup berbisa setakat ini.

AKSI GHADDAR KETIKA MENENTANG KL DI KOTA BHARU

ANTARA PEMAIN KELANTAN MUSIM 2012

ANTARA HERO-HERO KELANTAN

MANO NEH GU LAWE..XDI AG AQ TUNGGU..

No comments:

Post a Comment