OBINA PEMAIN IMPORT BARU KELANTAN
OBINA DARI NIGERIA
Bekas tonggak pertahanan skuad kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneiri yang berusia 29 tahun SAH menjadi milik KAFA selepas menandatangani kontrak untuk bersama pasukan The Red Warriors namun KelantanFA.com belum dapat kepastian samada pemain import ini bakal beraksi di Saingan Liga Malaysia atau Saingan Piala AFC tapi besar kemungkinan akan didaftarkan untuk Saingan Piala AFC.
Obinna yang hadir menyaksikan pasukan Kelantan menentang Kuala Lumpur sabtu lalu Teruja dengan suasana di Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan berjanji akan menggunakan pengalaman luasnya untuk memperhebatkan lagi jentera pertahanan The Red Warriors.Beliau juga dijangka akan turun beraksi menentang Skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan 1 Februari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
No comments:
Post a Comment